fb fb fb fb fb

Hamas tuntut pembebasan rakyat Palestin, anggap tahanan bukan Israel sebagai 'tetamu'

(FOTO AFP)

GAZA, 17 Oktober - Pemimpin tertinggi kumpulan pejuang Hamas pada Isnin berkata kumpulan tersebut 'telah mendapat apa yang diinginkan" bagi membebaskan semua rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Hamas dikatakan akan menggunakan rakyat Israel yang ditahan kumpulan terbabit sebagai syarat pertukaran bagi memastikan pembebasan rakyat Palestin.

Dalam perkara berkaitan, sayap bersenjata kumpulan pejuang Hamas dilaporkan berkata tahanan bukan warga Israel merupakan 'tetamu' yang akan dibebaskan apabila keadaan mengizinkan.

Kumpulan berkenaan dikatakan menahan sekitar 200-250 tebusan di Gaza.

Hamas telah lama meminta pembebasan untuk kira-kira 6,000 warga Palestin di penjara Israel, "mempunyai apa yang diperlukan untuk mengosongkan penjara semua tahanan," kata Meshaal, bekas ketua Hamas kepada stesen televisyen AlAraby di Doha.

Pada 2011, Israel membebaskan ratusan tahanan Palestin bagi membebaskan salah seorang tenteranya, Gilad Shalit, yang ditahan selama lima tahun.

Kaedah pembebasan yang dilakukan Israel dikritik oleh segelintir rakyatnya yang melihat perkara itu sebagai berat sebelah serta merugikan rejim berkenaan.

Sebaliknya, Israel dilaporkan akan bertindak untuk membebaskan tebusan sambil menghapuskan Hamas.-REUTERS

(FOTO AFP)

 

Media Baharu