fb fb fb fb fb

Banjir di Maiduguri: Lebih sejuta penduduk tinggalkan rumah

Foto AFP

KANO, 14 September- Banjir di Maiduguri, ibu kota Negeri Borno telah memaksa lebih sejuta penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Menurut Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri Borno (SEMA), Barkindo Mohammed, banjir berkenaan melanda di negeri paling ramai penduduk di Afrika.

Terdahulu, ribuan rumah ditenggelami air selepas sebuah empangan pecah susulan hujan lebat di timur laut Nigeria.

Menurut penduduk, Fatima Yakubu, 26 tahun, beliau bersama-sama anaknya sedang tidur ketika banjir berkenaan berlaku.

"Saya terbangun di tengah malam dan mendapati rumah telah dinaiki air. Saya menjerit meminta tolong sebelum orang ramai datang membantu, membawa kami keluar," kata Fatima, 26 tahun.

Fatima dan anak-anaknya berlindung di salah satu daripada lapan kem yang didirikan oleh pihak berkuasa.

Seorang lagi penduduk, Mohammed Sheriff, 60 tahun telah kehilangan dua anaknya semasa banjir tersebut melanda.

"Anak kami berusia 11 dan 13 tahun dibawa arus deras banjir. Kami tidak melihat mereka sejak itu dan ia (banjir) yang paling terburuk pernah berlaku," katanya kepada AFP.

Terdahulu, Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan melaporkan sekurang-kurangnya 30 orang terkorban dalam kejadian banjir berkenaan.

Ia juga yang terburuk dalam tempoh 30 tahun. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM