GAZA, 14 September- Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berkata salah seorang pekerjanya terbunuh semasa operasi ketenteraan Israel di Tebing Barat.
Menurut UNRWA, pekerja itu adalah yang pertama terbunuh di Tebing Barat dalam tempoh lebih 10 tahun.
"Mangsa dikenali Sufyan Jaber Abed Jawwad; bekerja sebagai pekerja kebersihan.
"Beliau (Sufyan) ditembak dan dibunuh di atas bumbung rumahnya oleh seorang penembak tepat di kem pelarian Faraa.
"Mangsa adalah antara puluhan rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan besar-besaran Israel yang bermula sejak beberapa hari lalu dengan beberapa lagi rakyat Palestin terbunuh sejak Rabu," menurutnya.
Kematian Sufyan adalah tambahan kepada enam kakitangan UNRWA lain yang terbunuh di Gaza semasa serangan Israel di sebuah sekolah yang dijadikan tempat perlindungan.
UNRWA mempunyai lebih daripada 30,000 pekerja di Palestin dan di kawasan lain.
Keganasan di Tebing Barat telah melonjak dengan konflik Israel-Hamas di Gaza yang berlarutan hampir satu tahun.
Ogos lalu, Israel telah memulakan serbuan besar-besaran terhadap Gaza. - AFP