fb fb fb fb fb

Taufan Ileana badai Baja California

Foto REUTERS

LOS CABOS, 14 September- Taufan Ileana melanda utara Baja California, semalam.

Perkhidmatan Meteorologi Kebangsaan Mexico (SMN) berkata selain angin kencang, taufan tersebut turut menyebabkan hujan lebat.

Ia memberi kesan terhadap kawasan pantai Cabo San Lucas.

Taufan tersebut meninggalkan jalan-jalan yang berlumpur selepas dilanda banjir.

"Ileana dijangka menyebabkan hujan lebat hari ini.

"Taufan yang semakin melemah itu kini bergerak ke utara semenanjung," menurut kenyataan itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM