fb fb fb fb fb

China pantau kapal jerman di Selat Taiwan

Foto REUTERS

BEIJING, 14 September- China hari ini menuduh tindakan Berlin telah meningkatkan risiko keselamatan di Selat Taiwan, sehari selepas dua kapal tentera Jerman belayar melalui perairan tersebut.

Jurucakap tentera China, Li Xi dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan memantau dan memberi amaran kepada kapal-kapal tersebut.

"Tingkah laku pihak Jerman meningkatkan risiko keselamatan dan menghantar isyarat yang tidak betul.

"Tentera Beijing di kawasan itu akan menangkis semua ancaman dan provokasi dengan tegas," katanya.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius, mengesahkan bahawa kapal frigat Baden-Wuerttemberg dan kapal bekalan Frankfurt am Main telah belayar melalui selat itu.

Kedua-dua kapal terbabit sedang dalam perjalanan dari Korea Selatan ke Filipina.

"Laluan yang diambil oleh kapal-kapal tersebut adalah laluan paling singkat.

"Ia (kapal) adalah laluan yang paling selamat memandangkan keadaan cuaca dan ini adalah perairan antarabangsa, jadi kami belayar melaluinya (Selat Taiwan),".- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM