fb fb fb fb fb

Banjir besar di Queensland, penduduk didesak pindah ke tempat tinggi

Foto Reuters

SYDNEY, 2 Februari- Pihak berkuasa Australia pada Ahad menggesa ribuan penduduk di utara Queensland agar segera berpindah ke kawasan lebih tinggi.

Ini berikutan banjir besar akibat hujan lebat yang berterusan.

Pihak berkuasa Queensland memaklumkan bahawa banjir besar sedang melanda Hinchinbrook Shire, sebuah kawasan dengan kira-kira 11,000 penduduk yang terletak sekitar 500 kilometer di utara ibu negeri Brisbane.

Bandar kecil Giru, yang berpopulasi 387 orang dan berdekatan dengan bandar Townsville, turut terjejas.

"Penduduk di kawasan rendah perlu berpindah ke tempat yang lebih selamat di kawasan tinggi. Situasi ini berpotensi mengancam nyawa dan harta benda," menurut pihak berkuasa pengurusan kecemasan wilayah dalam kenyataan pada pagi Ahad.

Menurut ramalan cuaca Australia dalam satu kenyataan, banjir tersebut berpunca daripada hujan lebat yang dibawa oleh sistem tekanan rendah dengan kelembapan tropika tinggi,

Tambahnya, jumlah hujan dalam tempoh 24 jam boleh mencecah sehingga 300 milimeter (11.8 inci).

"Potensi hujan lebat berserta angin kencang mungkin berterusan sehingga awal minggu depan bergantung kepada kekuatan dan kedudukan sistem aliran rendah ini," menurut kenyataan itu.

Banjir besar kerap melanda timur Australia dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk banjir terburuk yang menenggelamkan wilayah utara pada Januari 2023, semasa fenomena cuaca La NiƱa yang berlanjutan selama beberapa tahun.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM