fb fb fb fb fb

Banjir: 24 orang terkorban di Yaman

Foto REUTERS

MALHAN, 30 Ogos- Sekurang-kurangnya 24 orang terkorban akibat banjir di Yaman setakat semalam.

Menurut laporan Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNFPA), insiden berkenaan turut menyebabkan 17 lagi masih hilang.

"Banjir tersebut telah memusnahkan 40 rumah dan menyebabkan kerosakan kepada kira-kira 230 rumah lain.

"Insiden turut menyebabkan 1,020 keluarga terjejas," menurut kenyataan itu.

Difahamkan, kejadian berlaku disebabkan hujan lebat dan runtuhan empangan di daerah Malhan.

Sementara, penduduk tempatan, Abdullah al-Malhani berkata kesemua kawasan di Malhan terjejas disebabkan banjir itu.

"Banjir turut menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh.

"Orang ramai di kawasan terjejas terpaksa dipindahkan ke kawasan lebih selamat," katanya kepada pemberita di sini. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM