fb fb fb fb fb

Taufan Shanshan: Pengendali pengangkutan awam tangguh operasi

Foto REUTERS

JEPUN, 30 Ogos- Taufan Shanshan telah menyebabkan syarikat pengangkutan awam membatalkan dan menangguhkan perkhidmatan di kawasan-kawasan yang terjejas di barat Jepun, hari ini.

Menurut pengendali 'Central Japan Railway', pihaknya memutuskan untuk menggantung sementara operasi kereta api berkelajuan tinggi mereka di laluan Tokaido Shinkansen yang menghubungkan antara stesen Tokyo dan Shin-Osaka.

"Keputusan itu dibuat kerana ramalan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda di seluruh Jepun," menurut kenyataan itu.

Syarikat 'West Japan Railway' juga menggantung perkhidmatan antara stesen Hiroshima dan Hakata di laluan Sanyo Shinkansen.

Pengendali 'Kyushu Railway' turut mengambil tindakan sama, menggantung kesemua operasi kereta api laju di laluan Kyushu Shinkansen di sepanjang hari.

Bagi perkhidmatan penerbangan, 'All Nippon Airways' telah memutuskan untuk membatalkan 346 penerbangan di Kyushu, Chugoku, Kansai, dan kawasan-kawasan lain.

'Japan Airlines' telah memutuskan untuk membatalkan sebanyak 287 penerbangan, terutamanya yang dijadualkan berlepas atau tiba di Kyushu. - REUTERS

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM