fb fb fb fb fb

Bangunan dua tingkat runtuh di Itali

Foto Bomba Vigili del Fuoco

BRINDISI, 30 Ogos- Sebuah bangunan dua tingkat yang turut menempatkan sebuah pasar raya di bandar Brindisi, selatan Itali, runtuh, hari ini.

Menurut Jabatan Bomba Itali (Vigili del Fuoco), setakat ini insiden tersebut tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

"Pasukan bomba bersama-sama pasukan Mencari dan Menyelamat Bandar (USAR) sedang memantau situasi tersebut.

"Bomba juga akan memastikan tiada individu terperangkap di bawah runtuhan," menurut kenyataan itu.- REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM