fb fb fb fb fb

Bangunan runtuh di India, tiada kemalangan jiwa

Foto REUTERS

AGRA, 30 Ogos- Sebuah bangunan usang di Uttar Pradesh, India runtuh tanpa sebarang laporan kemalangan jiwa, semalam.

Insiden tersebut berlaku di Belanganj di kawasan Chhata, Agra.

Menurut saksi, dinding bangunan terbabit runtuh sehingga menyebabkan kepulan debu bertebaran di kawasan itu.

"Mujurlah, bangunan tersebut tidak berpenghuni semasa kejadian berlaku.

"Insiden berkenaan juga tidak menyebabkan sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita di sini.

Bangunan yang telah ditinggalkan itu runtuh selepas hujan lebat pada Rabu, yang mungkin telah melemahkan struktur bangunan tersebut.

Kejadian berkenaan menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan beberapa bangunan lama dan tidak stabil lain di kawasan Belanganj, yang kebanyakannya masih dihuni walaupun dalam keadaan semakin usang. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM