fb fb fb fb fb

Israel bunuh sekurang-kurangnya 16 rakyat Palestin dalam operasi "melawan keganasan" di Tebing Barat

Seorang lelaki meratapi mayat dua anak lelakinya, yang terbunuh dalam operasi ketenteraan Israel, di kem pelarian Fara berhampiran Tubas di utara Tebing Barat yang diduduki pada 29 Ogos 2024 / FOTO AFP

TULKAREM, 30 Ogos- Israel pada hari Khamis meneruskan operasi ketenteraan berskala besar di Tebing Barat yang diduduki, mengakibatkan sekurang-kurangnya 16 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh dua hari, walaupun PBB menyatakan kebimbangan bahawa operasi tersebut boleh menambah buruk keadaan yang sudah tegang.

Operasi yang kononnya dikatakan sebagai "melawan keganasan dijalankan di utara Tebing Barat sejak awal Rabu telah mengakibatkan kematian 16 rakyat Palestin, kata tentera Israel.

Kementerian Kesihatan Palestin memberikan angka yang sama selepas kedua-dua pihak mengemas kini angka kematian yang lebih awal.

Serangan ke atas beberapa bandar dan kem pelarian dilancarkan ketika keganasan berterusan di Jalur Gaza yang dilanda perang, wilayah Palestin yang dikepung dan dipisahkan dari Tebing Barat oleh Israel.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata Israel telah bersetuju untuk melaksanakan sekurang-kurangnya tiga hari "jeda kemanusiaan" di beberapa bahagian Gaza, bermula pada Ahad, untuk memudahkan usaha vaksinasi selepas kes pertama polio yang telah dihapuskan sebelum ini disahkan di wilayah tersebut.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata pada Rabu bahawa langkah-langkah tersebut bukanlah gencatan senjata dalam perang yang sudah hampir 11 bulan sejak Oktober tahun lalu.

Di Tebing Barat, kenderaan berperisai Israel yang disokong oleh tentera dan pesawat dihantar sebelum tentera mengepung kem pelarian di Tubas dan Tulkarem, serta Jenin dan bertempur dengan pejuang Palestin.

Tentera berkata mereka telah membunuh tujuh pejuang pada hari Khamis, termasuk lima pejuang di kem pelarian Tulkarem.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera Zionis menyebut salah seorang daripada lima yang terbunuh adalah Muhammad Jaber, juga dikenali sebagai Abu Shujaa, yang dikatakan komander kumpulan pejuang Palestin Islamic Jihad di kem pelarian Nur Shams.

Dua pejuang lain terbunuh di Jenin pada hari Khamis, kata tentera.

Sementara itu Ketua Pertubuhan Bangsa Bersatu Antonio Guterres menyeru untuk penghentian segera operasi tersebut, yang memperburuk keadaan yang sudah tegang di Tebing Barat yang diduduki.

Operasi tersebut telah menyebabkan kemusnahan yang signifikan, terutamanya di Tulkarem, di mana gabenornya Mustafa Taqatqa menggambarkan serangan tersebut sebagai tidak pernah berlaku dan "isyarat berbahaya".

Pejabat kemanusiaan PBB OCHA berkata tentera Israel telah menggunakan rumah sebagai sasaran ketenteraan dan sedang memperketatkan kepungan terhadap beberapa kemudahan perubatan.

Rakaman AFPTV menunjukkan jentolak merobek bitumen dari jalan-jalan di bandar tersebut. Kerosakan meluas dilaporkan berlaku pada infrastruktur.

Saksi berkata tentera Israel telah keluar dari kem pelarian Al-Farra di Tubas, tempat beberapa rakyat Palestin terbunuh pada Rabu, termasuk dua remaja menurut Bulan Sabit Merah Palestin.-AFP

3008 ISRAEL RAID PALESTINJentolak tentera Israel menggali jalan di kem pelarian Nur Shams di Tulkarem pada hari kedua operasi ketenteraan berskala besar di utara Tebing Barat yang diduduki pada 29 Ogos 2024 / FOTO AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE