fb fb fb fb fb

Australia belanja AS$500 juta untuk pasca banjir di kawsan barat laut wilayah itu

(FOTO REUTERS)

SYDNEY, 28 Oktober - Australia akan membelanjakan A$800 juta atau AS$516 juta bagi membaiki, mengubah suai dan membeli semula rumah di kawasan barat laut di negeri terbesar negara itu apabila wilayah berkenaan pulih daripada banjir.

Perdana Menteri, Anthony Albanese mengumumkan sekitar 2,000 pemilik rumah di New South Wales yang terdedah banjir, layak untuk program itu.

Katanya, pemilik rumah di kawasan yang paling berisiko akan layak untuk pembelian balik kerajaan manakala yang lain akan ditawarkan sehingga A$100,000 untuk membina semula atau menyesuaikannya dengan banjir.

(FOTO REUTERS)

"Kita perlu melakukan perancangan dengan lebih baik namun kita tidak boleh melakukan perkara yang sama berulang kali, kerana ia akan memberikan hasil yang serupa," katanya.

Kebanyakan wilayah dijangka terus berdepan keadaan basah sehingga musim panas selepas ramalan cuaca mengisytiharkan La Nina bakal berlaku bagi kali ketiga berturut-turut.

Usaha pembersihan kini sedang giat dijalankan di seluruh tenggara Australia ketika paras sungai mulai surut selepas dilanda banjir buat kali ketiga, tahun ini.-REUTERS

Media Baharu