fb fb fb fb fb

China, Rusia ancaman utama dalam strategi pertahanan AS

(FOTO AFP)

WASHINGTON, 28 Oktober - Amerika Syarikat (AS) mengenal pasti China dan Rusia sebagai musuh utama dalam strategi pertahanannya yang baharu.

Washington juga mengeluarkan amaran bahawa menjelang sedekad akan datang, buat pertama kalinya dalam sejarah ia akan berdepan dengan dua kuasa nuklear utama sebagai pesaing strategik.

Pentagon menyifatkan Moscow sebagai 'ancaman meruncing'.

Bagaimanapun, ia juga menekankan bahawa Beijing merupakan ancaman paling utama dan menuduhnya menggunakan kekerasan untuk membentuk semula rantau Indo-Pasifik.

(Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin / FOTO AFP)

"Republik Rakyat China merupakan satu-satunya pesaing di luar sana yang mempunyai hasrat untuk membentuk semula orde antarabangsa dan juga semakin punya kuasa untuk berbuat demikian," kata Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin.

Strategi pertahanan Amerika yang baru ini membentangkan ancaman-ancaman bagi negara itu.

Strategi pertahanan ini juga menarik perhatian kepada senjata nuklear China dan keupayaan teknologi peluru berpandunya yang kedua-duanya semakin meningkat.

China kini di tangga ketiga di belakang Rusia dan AS dari segi bilangan senjata nuklearnya.

Pentagon pada Khamis memberi amaran bahawa sebarang serangan Pyongyang terhadap AS ataupun sekutunya akan menamatkan pemerintahan Kim Jong Un.-AFP

Media Baharu