fb fb fb fb fb

Atlet lawan pedang Uzbek dakwa dirogol tiga atlet Itali semasa kem latihan

FOTO HIASAN

ROME, 4 Mac- Seorang atlet lawan pedang remaja Uzbekistan menuduh tiga atlet Itali, yang bersaing dalam sukan yang sama, merogolnya semasa kem latihan musim panas lalu.

Akhbar Itali Il Messaggero melaporkan bahawa serangan itu didakwa berlaku pada Ogos di bandar Tuscan Chianciano Terme, berhampiran Siena, di mana beberapa pemain lawan dari negara berbeza mengambil bahagian dalam kem tersebut.

Ketika bangun daripada tidur atlet berusia 17 tahuh itu menyedari dirinya telah dirogol, lalu pergi membuat pemeriksaan di hospital di Rom dan melaporkan kejadian itu kepada polis.

Agensi berita Ansa melaporkan, kesan dadah dan alkohol ditemui dalam darah pemain lawan pedang berkenaan.

Pendakwa raya di Siena telah membuka siasatan ke atas dakwaan rogol, tetapi peguam atelt remaja berkenaan berkata bahawa Persekutuan Lawan Pedang Itali tidak mengambil tindakan terhadap penyerang yang didakwa.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE