CHINA, 4 Oktober- Isu parkir bertindih sering menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.
Apatah lagi sekiranya kenderaan yang diparkir itu menghalang laluan pengguna jalan raya lain.
Namun di China, isu pakir boleh ditangani dengan penggunaan robot pintar.
Baru-baru ini tular video sebuah robot digunakan untuk mengalih kereta yang diletakkan secara berlapis.
Video yang dimuat naik di Twitter @justcurious1313 itu menunjukkan robot meluncur ke bawah kenderaan dan mengalihnya ke tempat lain.
(Tangkap layar video menunjukkan sebuah robot meluncur ke bawah kenderaan dan mengalihkannya ke kawasan lain)
Robot tersebut dikawal oleh seorang pegawai penguat kuasa yang berada di lokasi berhampiran.
Difahamkan robot berkenaan hanya mengambil masa 20 saat sahaja untuk mengalihkan sebuah kenderaan.
Sehingga kini video tersebut telah mencecah jumlah tontonan sehingga 2.1 juta. -Twitter @justcurious1313