PALAKKAD, 10 Oktober- Tulisan doktor kebiasaannya sukar dibaca dan sering diibaratkan sebagai cakar ayam.
Namun berbeza dengan tulisan tangan seorang doktor dari India yang cantik dan kemas sehingga mendapat perhatian ramai.
Tulisan tangan Dr. Nitin Narayanan yang berasal dari Kerala mula tular selepas preskripsi yang ditulisnya dikongsi oleh seorang pengguna media sosial dipercayai merupakan pesakitnya.
(Tulisan tangan Dr. Nitin yang tular di media sosial)
Beliau merupakan seorang pakar kanak-kanak di Pusat Kesihatan Komuniti (CHC) di sini.
Dr. Nitin berkata, beliau sengaja menulis setiap preskripsinya dengan huruf besar supaya mudah difahami bukan sahaja oleh pekerja farmasi, malah pesakit. -NDTV