fb fb fb fb fb

Lelaki ditahan curi 360 baju hujan wanita

JEPUN, 4 Oktober- Seorang lelaki berusia 51 tahun ditahan gara-gara mencuri 360 helai baju hujan wanita.

Yoshido Yoda yang bekerja sebagai penghantar surat khabar dikatakan telah mula mencuri baju hujan sejak tahun 2009.

Menurut polis, lelaki tersebut akan mengikut wanita yang menunggang basikal atau mencari basikal di parkir di tempat tertentu.

Dia kemudian akan mencuri baju hujan yang ditinggalkan oleh pemiliknya.

Ditanya mengapa dia mencuri baju hujan berkenaan, Yoda memberitahu, dia obses apabila melihat wanita memakainya.

(Polis menjumpai 360 baju hujan wanita di rumah Yoshido Yoda dipercayai dicuri
sejak tahun 2009 / Foto Oddity Central, Japan Today)

Polis menganggarkan kesemua baju hujan yang dicuri bernilai 1.12 juta yen. -Oddity Central, Japan Today

Media Baharu