fb fb fb fb fb

Jepun kecam ujian peluru berpandu Pyongyang

TOKYO, 4 Oktober- Jepun mengutuk tindakan Korea Utara melepaskan peluru berpandu balistik yang tidak dikenali dalam siri ujian senjata oleh Pyongyang.

Peluru berpantu balistik itu juga dilaporkan melintasi ruang udara Jepun.

Menurut Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, tindakan oleh Korea Utara itu adalah satu keganasan terutama apabila ia telah dilakukan berulang kali.

"Jepun mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut," katanya dalam ucapan di sini.

(Fumio Kishida, Perdana Menteri Jepun / Foto REUTERS)

Kali terakhir Korea Utara melepaskan peluru berpandu yang merentasi ruang udara Jepun adalah pada tahun 2017.

Minggu lalu, Pyongyang melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat sebanyak empat kali iaitu hanya beberapa jam selepas pesawat dinaiki Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris terbang keluar dari Seoul. -AFP

Media Baharu