fb fb fb fb fb

AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia

Foto REUTERS

LONDON, 7 Mei- Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, susulan lebihan vaksin terkini yang tersedia sejak pandemik COVID-19.

Syarikat itu juga berkata ia akan meneruskan untuk menarik balik kebenaran pemasaran vaksin Vaxzevria di Eropah.

"Memandangkan pelbagai jenis vaksin COVID-19 telah dibangunkan, terdapat lebihan vaksin yang tersedia," kata syarikat itu, sambil menambah bahawa ini telah menyebabkan penurunan permintaan untuk Vaxzevria, yang tidak lagi dikeluarkan atau dibekalkan.

Menurut laporan media, syarikat itu sebelum ini telah mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin itu menyebabkan kesan sampingan seperti pembekuan darah dan kiraan platelet darah rendah.

Permohonan firma tersebut untuk menarik balik vaksin itu dibuat pada 5 Mac dan berkuat kuasa pada 7 Mei, menurut Telegraph, yang pertama kali melaporkan perkembangan itu.

AstraZeneca yang tersenarai di London mula beralih ke vaksin virus pernafasan dan ubat obesiti melalui beberapa urus niaga tahun lalu, selepas pertumbuhan yang perlahan apabila jualan ubat COVID-19 merosot.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN