fb fb fb fb fb

Asap tebal terus menjulang ke udara di Gaza

Foto REUTERS

GAZA, 4 Oktober - Asap tebal terus menjulang ke udara di Gaza pada Sabtu, selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menggesa Israel menghentikan serangan udara ke atas wilayah itu.

Trump berkata Hamas menyatakan kesediaan menerima sebahagian syarat dalam pelan damai yang dicadangkannya bagi menamatkan konflik Israel-Hamas di Gaza.

Trump sebelum ini memberi tempoh sehingga Ahad kepada Hamas untuk menerima pelan damai 20 perkara atau berdepan akibat serius.

Serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023 menyebabkan lebih 66,000 orang terbunuh majoritinya orang awam.

Sekatan bantuan turut mengakibatkan kebuluran serta krisis kemanusiaan yang kritikal di seluruh wilayah itu. -REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM