WASHINGTON, 11 Mei- Amerika Syarikat mengumumkan AS$400 juta dalam pakej bantuan ketenteraan baharu untuk Kyiv.
AS membuat pengumuman berhubung perkara itu pada Jumaat.
Pakej bantuan ketenteraan yang disalurkan kepada Ukraine itu dibuat, pada hari sama Rusia melancarkan serangan darat baharu di wilayah Kharkiv.
Dalam memo yang dikeluarkan oleh White House, Presiden Joe Biden membenarkan sehingga AS$400 juta dalam artikel pertahanan dan perkhidmatan Jabatan Pertahanan, dan pendidikan dan latihan ketenteraan, untuk memberikan bantuan kepada Ukraine.
Ia merupakan pakej bantuan ketiga untuk Ukraine dalam tempoh kurang tiga minggu.
Setiausaha Negara AS Antony Blinken berkata dalam satu kenyataan bahawa pakej itu mengandungi "keupayaan yang diperlukan segera" termasuk amunisi pertahanan udara, peluru artileri, senjata anti kereta kebal, kenderaan perisai dan peluru senjata kecil.
"Amerika Syarikat dan gabungan antarabangsa yang telah kami kumpulkan akan terus bersama Ukraine dalam mempertahankan kebebasannya," kata Blinken.-AFP