fb fb fb fb fb

AS tidak akan benarkan China “asing” Taiwan - Pelosi

(Helikopter tentera China melintasi pulai Pingtan, kawasan tanah besar China paling
hampir dengan Taiwan di Wilayah Fujian pada 4 Ogos 2022, menjelang sesi latihan
ketenteraan besar-besaran susulan lawatan ahli politik tertinggi AS/AFP)

TOKYO, 5 Ogos- Amerika Syarikat (AS) “tidak membenarkan” China untuk “mengasingkan” atau memencilkan Taiwan.

Kenyataan itu dikeluarkan Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi selepas melawat Taipei, meskipun mendapat tentangan China yang mendakwa, Taiwan adalah sebahagian wilayahnya.

“Mereka mungkin cuba menghalang Taiwan daripada menerima lawatan atau terlibat dengan pihak luar, tetapi mereka tidak akan mengasingkan Taiwan dengan cara menghalang kami untuk pergi ke sana," katanya kepada pemberita di Tokyo.

“Kami telah mengadakan lawatan peringkat tinggi, bertemu senator, mengadakan lawatan berterusan dan kami tidak akan membenarkan mereka ‘mengasingkan’ Taiwan," kata Pelosi.

Pelosi yang kini berada di Tokyo untuk mengakhiri siri lawatan ke Asia, bagaimanapun tidak mengulas mengenai latihan ketenteraan China di Selat Taiwan, namun mengulangi bahawa lawatannya ke negara-negara Asia termasuk Taiwan “bukan untuk mengubah status quo”, rantau ini.

“Ia tentang… semua perundangan dan perjanjian yang telah mewujudkan hubungan antara kami. Juga untuk mencapai keamanan di Selat Taiwan, status quo yang perlu diguna pakai," katanya.

Semalam Tokyo mendakwa lima peluru berpandu China dipercayai jatuh dalam kawasan zok ekonomi ekslusif Jepun. –AFP


(Pelosi (kiri) berjabat tangan dengan Kishida ketika pertemuan di kediaman
rasmi Perdana Menteri Jepun di Tokyo pada 5 Ogos 2022/AFP)

Berita berkaitan
Pelosi selamat tiba di Taiwan, China mahu lancar ‘serangan bersasar’
Taiwan yakin boleh lindungi negara daripada ancaman China - tentera 
Datang ke Taiwan dalam "suasana aman dan persahabatan" - Pelosi
Peluru berpandu China beri kesan besar kepada isu keselamatan – PM Jepun
Menteri Luar ASEAN ingatkan ketegangan di Taiwan cetus “konflik terbuka”

 

Media Baharu