fb fb fb fb fb

AS tamat status kecemasan awam COVID-19 pada 11 Mei

WASHINGTON, 31 Januari- Status kecemasan kesihatan awam pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat akan ditamatkan secara rasmi pada 11 Mei ini.

White House dalam kenyataan memberitahu, penamatan pengisytiharan itu akan menyaksikan dana yang digunakan untuk mensubsidi ubat-ubatan Covid, insurans perubatan dan jenis bantuan kerajaan lain yang berkaitan dengan wabak tersebut, akan berakhir.

Pembatalan mendadak itu juga katanya, akan mempunyai impak yang sangat ketara terhadap sistem kesihatan dan operasi kerajaan persekutuan.

"Hospital dan rumah jagaan yang bergantung kepada fleksibiliti yang dibenarkan melalui pengisytiharan kecemasan itu akan menjadi huru-hara tanpa masa yang mencukupi untuk melatih kakitangan dan mewujudkan proses pembayaran baharu," menurut kenyataan itu.-AFP

(Foto fail pada 25 Oktober 2022 menunjukkan Presiden Amerika Syarikat, Joe BidenĀ 
menerima suntikan penggalak terkini COVID-19 di Auditorium South Court di Bangunan
Pejabat Eksekutif Eisenhower, bersebelahan White House, Washington/AFP)

Media Baharu