fb fb fb fb fb

Bas jatuh jambatan, empat orang maut

(Foto Reuters)

MINAS GERAIS, 31 Januari- Sekurang-kurangnya empat orang maut selepas bas yang membawa anggota pasukan bola sepak remaja terjatuh dari jambatan di timur Brazil.

Kebanyakan mangsa merupakan ahli pasukan belia Vila Maria Helena, sebuah kelab bola sepak remaja di Rio de Janeiro.

Menurut pihak bomba, mangsa yang maut membabitkan tiga remaja berusia antara 14 dan 17 tahun serta seorang dewasa.

Berdasarkan laporan media tempatan, kemalangan berlaku pada awal pagi Isnin, berhampiran bandar Alem Paraiba di Minas Gerais.

Bas yang dipandu dikatakan hilang kawalan menyebabkannya terjatuh dari jambatan sepanjang 10 meter.

Sementara itu, mangsa yang cedera telah dipindahkan ke pusat kesihatan berhampiran.-REUTERS

(Keadaan bas yang terjatuh dari jambatan di timur Brazil/Reuters)

Media Baharu