fb fb fb fb fb

AS, Korea Selatan adakan latihan secara perbincangan tangani ancaman nuklear

(FOTO AFP)

SEOUL, 31 Januari- Amerika Syarikat dan Korea Selatan akan mengadakan latihan secara perbincangan untuk menangani ancaman nuklear di Semenanjung.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Pertahanan Amerika, Lloyd Austin yang dipetik agensi berita Yonhap.

Namun tidak menyatakan secara terperinci bila ia akan berlaku.

Austin yang kini berada di Seoul akan bertemu dengan rakan sejawatannya Lee Jong-sup dan Presiden Yoon Suk-yeol.

Kunjungan beliau bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerjasama dan membincangkan cabaran keselamatan.

(Lloyd Austin disambut oleh pegawai tentera sebaik tiba di
Pangkalan Udara Osan di Pyeongtaek pada 30 Januari 2023/Foto AFP)

Ketegangan tentera di semenanjung Korea meningkat secara mendadak tahun lalu.

Ini berikutan tindakan Pyongyang yang menjalankan ujian berpandu balistik antara benua hampir setiap bulan.-AFP

Media Baharu