fb fb fb fb fb

Penduduk Auckland mula bersihkan kediaman dilanda banjir, tanah runtuh

(Foto Reuters)

AUCKLAND, 31 Januari- Penduduk Auckland mula membersihkan sisa tanah runtuh dan banjir yang melanda bandar terbesar di New Zealand baru-baru ini.

Perdana Menteri, Chris Hipkins mengaitkan siri tanah runtuh dan banjir besar yang melanda adalah kesan perubahan iklim ketika ini.

"Ya. Perubahan iklim adalah nyata, ia bersama kami, ia memberi kesan kepada cuaca kami. Kami perlu bersedia untuk itu dan perlu melakukan segala yang kami mampu untuk memerangi cabaran perubahan iklim," kata Hipkins.

(Chris Hipkins/Foto Reuters)

Turut bersetuju dengan kenyataan Hipkins itu, Datuk Bandar Auckland, Wayne Brown.

Banjir besar yang berlaku itu mengorbankan empat nyawa.

Walaupun banjir telah surut, perintah darurat bencana di Auckland masih dikekalkan.-REUTERS

Media Baharu