fb fb fb fb fb

Angka kematian letupan di masjid Peshawar meningkat kepada 61 orang

(Foto AFP)

PESHAWAR, 31 Januari- Angka kematian dalam serangan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di ibu pejabat polis di bandar Peshawar Pakistan, pada Isnin, meningkat kepada 61 orang.

Ia susulan penemuan lebih banyak mayat yang tertimbus bawah runtuhan.

Manakala, lebih 150 lagi cedera.

Jurucakap Hospital Lady Reading, Mohammad Asim Khan berkata, 60 mangsa cedera kebanyakannya pegawai polis sedang menerima rawatan di hospital itu.

Puluhan lagi dihantar ke dua hospital lain di bandar berkenaan.

"Setakat ini kami telah menemukan 61 mayat, manakala 60 orang yang cedera sedang menerima rawatan.

"Puluhan lagi yang cedera dihantar ke dua hospital lain di bandar ini," kata Muhammad Asim Khan kepada AFP.

(Pegawai keselamatan memeriksa tapak letupan masjid di
ibu pejabat polis di Peshawar pada 30 Januari 2023/Foto AFP)

Sementara itu, Ketua Polis Peshawar, Muhammad Ijaz Khan menganggarkan antara 300 hingga 400 anggota biasanya menghadiri solat di masjid itu.

Setakat ini, pihak berkuasa sedang menyiasat bagaimana suspek memasuki masjid tersebut yang merupakan kawasan dikawal ketat anggota keselamatan.-AFP

Berita berkaitan
50 maut dalam letupan bom di Nigeria
Tiada bom ditemui dalam pesawat Ryanair -Polis Greece
Serangan bom di gereja Congo akibatkan sepuluh maut

Media Baharu