fb fb fb fb fb

AS sekat beberapa individu warga Korea Utara dan Rusia susulan enam ujian peluru berpandu

FOTO AFP

AMERIKA SYARIKAT, 13 Januari- Pentadbiran Presiden Joe Biden akan mencadangkan kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) agar mengenakan sekatan antarabangsa terhadap beberapa individu warga Korea Utara termasuk firma Rusia.

Pengumuman dibuat Duta Besar Amerika Syarikat ke PBB, Linda Thomas-Greenfield pada Rabu selepas Pyongyang melancarkan ujian peluru berpandu hipersonik minggu lalu.

Terdahulu, Jabatan Perbendaharaan AS dan Jabatan Negara mengenakan sekatan ke atas lima warga Korea Utara kerana diyakini ada kaitan dengan program peluru berpandu balistik negara itu.

"AS mencadangkan sekatan PBB berikutan enam pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara sejak September 2021 dan setiap kali pelancaran telah melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB." kata Thomas-Greenfield.

Kenyataan itu dimuat naik dalam Twitter tanpa memberi perincian berhubung bentuk sekatan yang bakal dikenakan terhadap individu dan entiti tersebut.

Namun, cadangan itu wajib secara rasmi melalui Jawatankuasa Majlis Keselamatan PBB berhubung sekatan Korea Utara yang terdiri daripada 15 anggota Majlis Keselamatan dan keputusan itu mesti dibuat secara sebulat suara.

Jabatan Perbendaharaan AS berkata lima warga Korea Utara itu bertanggungjawab membekalkan barangan untuk program berkaitan peluru berpandu balistik Korea Utara.

Salah seorang ialah Choe Myong Hyon, berpangkalan di Rusia didakwa telah memberikan sokongan kepada Akademi Sains Semula Jadi Kedua Korea Utara (SANS), yang sudah pun dikenakan sekatan.

Bekalan itu berkaitan peralatan telekomunikasi dari Rusia.

Turut menjadi sasaran empat wakil Korea Utara yang terbabit dalam pertubuhan kelolaan SANS berpangkalan di China, dikenali sebagai Sim Kwang Sok, Kim Song Hun, Kang Chol Hak dan Pyon Kwang Chol.

Seorang lagi warga Korea Utara, O Yong Ho, turut dikenakan sekatan oleh AS juga warga Russia, Roman Anatolyevich Alara serta firma Russia, Parsek LLC. -AFP

Media Baharu