fb fb fb fb fb

AS pindahkan 40 pendatang dari Guantanamo ke Louisiana

Para migran bersiap sedia untuk diterbangkan ke Teluk Guantanamo dari lokasi yang tidak dinyatakan di AS. / Foto REUTERS

WASHINGTON, 13 Mac – Amerika Syarikat telah memindahkan 40 migran yang ditahan di pangkalan tentera Guantanamo ke Louisiana, kata seorang pegawai pertahanan AS pada Rabu.

Washington mula menghantar migran ke pangkalan Guantanamo bulan lalu sebagai sebahagian daripada tindakan keras Presiden Donald Trump terhadap imigresen.

"Saya boleh mengesahkan bahawa kesemua 40 orang telah diterbangkan kembali ke Louisiana pada Selasa," kata pegawai tersebut, sambil merujuk soalan lanjut kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS), yang masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi.

Terdahulu, pentadbiran Trump telah melancarkan usaha secara besar-besaran untuk menangani migrasi haram, termasuk serbuan imigresen, tangkapan dan deportasi dengan Guantanamo menjadi sebahagian daripada strategi itu.

Pada Januari lalu, Trump mengumumkan rancangan mengejut untuk menempatkan sehingga 30,000 migran di pangkalan itu, tetapi sehingga kini hanya lebih 200 orang ditempatkan di penjara berkenaan .

Guantanamo terkenal sebagai pusat tahanan bagi suspek militan yang ditangkap dalam “Perang Melawan Keganasan” selepas serangan 9/11.

Keadaan di pusat itu sering dikritik oleh kumpulan hak asasi manusia, dengan pakar PBB sebelum ini mengecamnya sebagai lokasi berkenaan kerana isu pelanggaran hak asasi.

Pangkalan tersebut kini masih menahan 15 individu yang dituduh terlibat dalam aktiviti militan atau keganasan, termasuk beberapa perancang serangan 9/11, antaranya Khalid Sheikh Mohammed, yang mendakwa dirinya sebagai dalang utama serangan tersebut.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD