fb fb fb fb fb

AS pertimbang lanjut pemberian dos penggalak kedua kepada individu bawah 50 tahun

WASHINGTON, 19 Mei - Pihak berkuasa Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan kelayakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 kedua kepada individu di bawah umur 50 tahun.

Ia selepas menyaksikan peningkatan kes tiga kali ganda sepanjang bulan lalu.

Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Rochelle Walenksy berkata perkara tersebut sedang dibincangkan bersama Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) sebelum mendapat kelulusan.

"Kes jangkitan COVID-19 telah meningkat secara berterusan dalam tempoh lima minggu yang lalu dengan purata tujuh hari kes harian semasa meningkat 26% daripada minggu sebelumnya kepada 94,000 kes sehari.

"Purata tujuh hari untuk kemasukan ke hospital pula meningkat 19% kepada kira-kira 3,000 kes sehari dan purata kematian ialah 275 sehari," katanya pada sesi taklimat di White House.-REUTERS

(Orang ramai beratur bagi ujian COVID-19 di Times Square berikutan varian Omicron
terus merebak di Manhattan, New York/Foto Fail 20 Disember 2021/REUTERS)

Media Baharu