(FOTO AFP)
MAUMERE, 19 Mei- Pasukan penyelamat Indonesia hari ini berjaya membebaskan feri yang membawa lebih 800 penumpang selepas ia terkandas di perairan cetek dan kini sudah meneruskan semula perjalanannya.
Ketua Pangkalan Tentera Laut tempatan, Dwi Yoga, berkata KM Sirimau, dengan 784 penumpang dan 55 anak kapal, dibebaskan dari perairan cetek di wilayah Nusa Tenggara Timur tengah hari tadi.
"Dengan usaha berterusan, KM Sirimau yang terkandas selama dua hari dibebaskan pada jam 12 tengah hari Waktu Indonesia Tengah dan kini menuju ke pelabuhan terdekat di Lewoleba," katanya.
"Alhamdulillah, feri sudah bebas dan kami akan kembali ke Lewoleba. Kami hampir tiba sekarang," kata seorang penumpang, Itha Tating menerusi perbualan telefon dengan wartawan.
Tating berkata, semua penumpang mula risau selepas terperangkap dalam feri selama berhari-hari, sambil memaklumkan seorang wanita panik kerana kehabisan susu formula untuk anaknya yang berusia lima bulan.
"Ombak sangat kuat pagi ini. Saya berasa takut dan sangat pening akibat mabuk laut," katanya.
(Anggota penyelamat Indonesia memindahkan ratusan penumpang dari feri KM Sirimau di luar pantai Lembata/ FOTO AFP)
Anggota tentera naik ke atas feri pagi semalam untuk mengagihkan air dan makanan ringan untuk penumpang, termasuk kanak-kanak dan orang tua.
"Semua penumpang mula panik kerana mereka sudah terperangkap di atas feri selama lebih 24 jam," kata Yoga.
Yoga berkata, usaha membebaskan feri akhirnya berjaya selepas bot tunda yang dihantar oleh syarikat perkapalan milik kerajaan, PT Pelni tiba untuk membantu sementara pasukan penyelamat menunggu sehingga air pasang sebelum mereka menunda feri.
Kemalangan marin adalah perkara biasa di Indonesia, sebuah kepulauan dengan lebih 17,000 pulau, di mana penduduknya bergantung kepada feri dan bot untuk melakukan perjalanan, walaupun mempunyai piawaian keselamatan yang rendah.
Pada 2018, kira-kira 160 orang lemas apabila sebuah feri karam ke dalam salah satu tasik terdalam di dunia di pulau Sumatera.
Selain itu, lebih 300 orang dikhuatiri lemas pada 2009 apabila sebuah feri karam antara Sulawesi dan Borneo. - AFP
Feri itu kemudiannya dibawa ke pelabuhan Lewoleba di pulau Lembata untuk pemeriksaan, sebelum meneruskan perjalanan ke bandar Maumere di pulau Flores.
"Alhamdulillah, feri sudah bebas dan kami akan kembali ke Lewoleba. Kami hampir tiba sekarang," kata seorang penumpang, Itha Tating menerusi perbualan telefon dengan wartawan.
Tating berkata, semua penumpang mula risau selepas terperangkap dalam feri selama berhari-hari, sambil memaklumkan seorang wanita panik kerana kehabisan susu formula untuk anaknya yang berusia lima bulan.
"Ombak sangat kuat pagi ini. Saya berasa takut dan sangat pening akibat mabuk laut," katanya.
Anggota tentera naik ke atas feri pagi semalam untuk mengagihkan air dan makanan ringan untuk penumpang, termasuk kanak-kanak dan orang tua.
"Semua penumpang mula panik kerana mereka sudah terperangkap di atas feri selama lebih 24 jam," kata Yoga.
Yoga berkata, usaha membebaskan feri akhirnya berjaya selepas bot tunda yang dihantar oleh syarikat perkapalan milik kerajaan, PT Pelni tiba untuk membantu sementara pasukan penyelamat menunggu sehingga air pasang sebelum mereka menunda feri.
Kemalangan marin adalah perkara biasa di Indonesia, sebuah kepulauan dengan lebih 17,000 pulau, di mana penduduknya bergantung kepada feri dan bot untuk melakukan perjalanan, walaupun mempunyai piawaian keselamatan yang rendah.
Pada 2018, kira-kira 160 orang lemas apabila sebuah feri karam ke dalam salah satu tasik terdalam di dunia di pulau Sumatera.
Selain itu, lebih 300 orang dikhuatiri lemas pada 2009 apabila sebuah feri karam antara Sulawesi dan Borneo. -AFP