fb fb fb fb fb

AS masih tidak benar Taliban akses rizab bernilai AS$3.5 bilion

(Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price) 

WASHINGTON, 15 September - Amerika Syarikat (AS) masih tidak membenarkan Taliban mengakses rizab Bank Da Afghanistan bernilai AS$3.5 bilion.

Kebenaran diberi hanya jika pembaharuan dilaksanakan namun pengeluaran dana untuk mengurangkan tekanan ekonomi juga dibenarkan.

Washington mengumumkan pembentukan mekanisme pembiayaan antarabangsa dengan membenarkan Afghanistan membayar beberapa hutangnya menggunakan rizab yang telah dibekukan AS selepas Taliban menguasai negara itu pada Ogos 2021.


(Foto AFP)

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price berkata dana itu akan digunakan untuk membayar input kritikal khususnya pembayaran elektrik dan hutang lain di mana sekiranya tidak dibayar, akan menyebabkan Afghanistan terjerumus kepada ketidakstabilan makroekonomi yang lebih teruk. 

AS tidak membenarkan Taliban mengakses rizab sehingga pembaharuan dibuat seperti digariskan pentadbiran Joe Biden.

Ia termasuk membuktikan bank pusat bebas daripada kawalan kerajaan Afghanistan, memulakan langkah anti pengubahan wang haram dan berusaha menghalang pembiayaan aktiviti keganasan.

Media Baharu