fb fb fb fb fb

2 pelancong Jepun ditahan berkelakuan tidak senonoh di Tembok Besar China

FOTO HIASAN

TOKYO, 14 Mac- Dua pelancong Jepun berusia 20-an ditahan selama dua minggu di China sebelum dihantar pulang selepas mengambil gambar menunjukkan bahagian punggung terdedah di Tembok Besar, menurut laporan media tempatan.

Insiden yang berlaku di tapak Warisan Dunia berhampiran Beijing itu melibatkan seorang lelaki yang mendedahkan bahagian bawah tubuhnya dan seorang wanita yang mengambil gambar berkenaan, lapor NTV dan beberapa media Jepun pada Khamis.

Kementerian Luar Jepun mengesahkan pada Jumaat bahawa "Kedutaan Jepun di China menerima maklumat pada 3 Januari bahawa dua warganegara Jepun telah ditahan oleh pihak berkuasa tempatan di Tembok Besar."

Menurut kenyataan itu, kedua-dua individu tersebut "kemudiannya dibebaskan dan kembali ke Jepun sepanjang bulan Januari."

Media tempatan memetik sumber yang menyatakan bahawa pelancong terbabit telah ditahan di lokasi oleh pengawal keselamatan dan ditahan selama kira-kira dua minggu.

Laporan turut menyebut bahawa mendedahkan bahagian bawah tubuh di tempat awam adalah melanggar undang-undang di China.

Kedua-dua pelancong itu dilaporkan memberitahu kedutaan Jepun bahawa tindakan tersebut dilakukan sekadar gurauan.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE