fb fb fb fb fb

Banjir Pakistan: Hampir 1,500 orang terbunuh

(Banjir di Pakistan menjejaskan jutaan penduduk, merosakkan rumah, sistem pengangkutan,
tanaman dan ternakan/AFP) 

ISLAMABAD, 15 September - Banjir di Pakistan telah menenggelamkan kawasan besar di negara Asia Selatan itu dan mengakibatkan hampir 1,500 orang terbunuh.

Ia turut menjejaskan jutaan penduduk, merosakkan rumah, sistem pengangkutan, tanaman dan ternakan dengan anggaran kerugian dilaporkan berjumlah AS$30 bilion.

Menurut laporan yang dikeluarkan, kanak-kanak mangsa tertinggi yang menjadi korban yang kebanyakannya gagal diselamatkan ketika banjir berlaku.

Kerajaan dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan perubahan iklim sebagai punca kenaikan paras air yang terlalu cepat dengan wilayah selatan Sindh paling teruk terjejas.

(Banjir di Pakistan menjejaskan jutaan penduduk, merosakkan rumah, sistem pengangkutan,
tanaman dan ternakan/AFP) 

Sementara itu, Agensi kesihatan Pakistan melaporkan jumlah kes pesakit yang menghidap penyakit bawaan air meningkat susulan paras air yang tidak menunjukkan tanda surut akibat banjir yang berlaku di negara itu.

Menurut seorang doktor hospital medan, Zee-Shan Ul-Haq, ketiadaan bekalan air bersih telah menyulitkan keadaan.

Menteri Kesihatan Sindh, Azra Fazal Pechuho pula berkata seramai 856,000 ribu pesakit telah dirawat sejak banjir bermula yang kebanyakannya mengalami penyakit cirit-birit, malaria, penyakit kulit, dan demam denggi.

Rata-rata pesakit menerima rawatan di hospital-hospital bergerak kerana lebih 1,200 fasiliti kesihatan rosak dan ditenggelami air.

Media Baharu