fb fb fb fb fb

Polis Korea Selatan tahan wanita warga New Zealand dituduh bunuh dua anaknya

(Wanita yang dituduh membunuh dua anaknya di New Zealand, ditahan polis Korea Selatan di 
tenggara bandar Ulsan/AFP) 

SEOUL, 15 September - Polis Korea Selatan menahan seorang wanita yang dituduh membunuh dua anaknya, di mana mayat kanak-kanak itu ditemui dalam beg pakaian di New Zealand bulan lepas.

Menurut polis, wanita berusia 42 tahun itu merupakan warga New Zealand kelahiran Korea Selatan, ditahan di tenggara bandar Ulsan dan telah dipindahkan ke ibu kota Seoul untuk menghadapi prosiding ekstradisi.

“Polis menahan suspek di sebuah apartmen di Ulsan pada Khamis selepas memantau keberadaannya melalui rakaman CCTV,” kata Agensi Polis Kebangsaan Korea Selatan dalam satu kenyataan.


(Wanita yang dituduh membunuh dua anaknya di New Zealand, ditahan polis Korea Selatan di 
tenggara bandar Ulsan/AFP) 

"Suspek dituduh oleh polis New Zealand telah membunuh dua anaknya, berumur tujuh dan 10 tahun ketika kejadian sekitar tahun 2018 di kawasan Auckland."

"Dia tiba di Korea Selatan selepas melakukan jenayah tersebut dan telah bersembunyi sejak itu," tambahnya.

Imej dalam media tempatan menunjukkan wanita itu, yang belum dikenal pasti oleh polis di Korea Selatan atau New Zealand, dibawa keluar dari balai polis Ulsan oleh pasukan penyiasat. -AFP

Media Baharu