fb fb fb fb fb

Sembilan maut, 20 cedera dalam insiden rempuhan konsert kemerdekaan di Guatemala

(Anggota Kementerian Awam berdiri berhampiran mayat selepas berlaku rempuhan pada konsert
hari kemerdekaan Guatemala/AFP)

GUATEMALA CITY, 15 September - Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan 20 yang lain cedera awal Khamis dalam rempuhan selepas konsert hari kemerdekaan di barat Guatemala, kata pekerja penyelamat.

"Palang Merah Guatemala dan anggota bomba sukarela menstabilkan lebih 20 orang yang cedera dan sembilan orang maut di tempat kejadian akibat rempuhan di bandar Quetzaltenango," kata agensi bantuan di Twitter.

Akhbar tempatan melaporkan kejadian berlaku ketika beribu-ribu orang cuba meninggalkan esplanade terbuka pada akhir konsert semasa perayaan tradisional 'Xelafer'.


(Seorang anggota Kementerian Awam menutup mayat selepas berlaku rempuhan pada
konsert hari kemerdekaan Guatemala/AFP)

Ia adalah kali pertama dalam tempoh tiga tahun Guatemala meraikan kemerdekaannya daripada Sepanyol selepas perayaan dua tahun sebelumnya dibatalkan akibat pandemik COVID-19.

Guatemala memperoleh kemerdekaan daripada bekas kuasa kolonial Sepanyol pada 15 September 1821. -AFP

Media Baharu