WASHINGTON, 31 Oktober- Amerika Syarikat (AS) menganggap pelancaran peluru berpandu Korea Utara sebagai 'pelanggaran terang-terangan' terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Sean Savett, berkata tindakan tersebut berisiko menggugat kestabilan keselamatan di rantau itu.
"AS mengutuk sekeras-kerasnya ujian peluru berpandu balistik yang dilakukan oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).
"Pelancaran ini adalah pelanggaran terang-terangan terhadap beberapa resolusi Majlis Keselamatan PBB.
"Kami menggesa semua negara mengecam pelanggaran ini dan menyeru DPRK agar menghentikan tindakan yang mengganggu kestabilan serta terlibat dalam dialog yang serius," katanya menerusi satu kenyataan.
Terdahulu, Korea Utara melancarkan peluru berpandu yang dianggap sebagai antara peluru berpandu paling berkuasa pernah dilancarkan oleh negara itu.- AFP
BERITA BERKAITAN: