fb fb fb fb fb

AS kerah dua kapal perang ke Laut Merah

(FOTO Twitter @US5thFleet)

JEDAH, 8 Ogos - Amerika Syarikat hari ini telah mengerah dua kapal perang bersama lebih 3,000 kelasi ke Laut Merah susulan ancaman Iran terhadap kapal komersil.

Dalam satu kenyataan, Pentagon berkata Iran telah merampas dan cuba mengawal hampir 20 buah kapal antarabangsa di Teluk Parsi sejak dua tahun lalu.

"Pasukan AS yang baharu tiba di atas kapal USS Bataan dan USS Carter Hall, memberikan "fleksibiliti dan keupayaan maritim yang lebih besar," kata Armada Kelima AS di Bahrain pada hari Isnin.

"Ketibaan pasukan baharu itu menambah usaha untuk menghalang aktiviti yang tidak stabil dan mengurangkan ketegangan serantau yang disebabkan oleh gangguan Iran dan rampasan kapal dagang," kata jurucakap Cdr. Tim Hawkins.

Pengerahan terbaharu itu dibuat selepas tentera AS menyekat dua percubaan Iran untuk merampas kapal tangki komersil di perairan antarabangsa Oman pada 5 Julai.

Tehran berkata salah sebuah kapal tangki, Richmond Voyager yang menggunakan bendera Bahamian, telah bertembung dengan sebuah kapal Iran dan mencederakan lima anak kapal.

Pada April dan awal Mei, Iran merampas dua kapal tangki minyak dalam masa seminggu di perairan serantau.

Insiden itu berlaku selepas Israel dan AS menyalahkan Iran terhadap serangan dron di pantai Oman pada November lalu yang menyasarkan kapal tangki yang dikendalikan oleh syarikat milik Israel.

Sementara itu, Jurucakap kementerian luar Iran, Nasser Kanani berkata, kehadiran kapal-kapal AS hanya untuk kepentingan Washington.

"Kehadiran tentera AS di rantau tersebut tidak pernah mewujudkan keselamatan.

"Kepentingan mereka di rantau berkenaan sentiasa memaksa AS untuk mencetuskan ketidakstabilan dan menggugat keamanan.

"Negara-negara di Teluk mampu memastikan keselamatan mereka sendiri,” katanya.-Arabnews


(Kapal perang AS, USS Bataan dan USS Carter Hall beri fleksibiliti dan keupayaan
Maritim di Laut Merah/FOTO Twitter@US5thFleet)

 

 

Media Baharu