(FOTO AFP)
NEW YORK, 18 Mei - Amerika Syarikat berharap India akan membatalkan larangan eksport gandum.
Ini memandangkan langkah itu akan memburukkan lagi kekurangan bekalan komoditi tersebut di peringkat global.
Harapan itu disuarakan diplomat tertinggi Washington, Linda Thomas-Greenfield menjelang mesyuarat Majlis Keselamatan PBB, mengenai keselamatan makanan.
"Kami menggalakan negara untuk tidak menyekat eksort kerana berpendapat sebarang sekatan akan memburukkan lagi kekurangan makanan," katanya.
(Linda Thomas-Greenfield/REUTERS)
Mesyuarat PBB yang akan dipengerusikan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken juga disertai Menteri Hal Ehwal Luar India, Vellamvelly Muraleedharan.
India merupakan anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB.
"Kami berharap India boleh mempertimbangkan semula keputusan berkenaan setelah mendengar kebimbangan yang dibangkitkan negara lain," menurut Thomas-Greenfield.
Blinken dijangka mengadakan satu lagi mesyuarat PBB juga berkaitan jaminan makanan pada Rabu.
Harga gandum kini mencecah paras tertinggi dalam pasaran Eropah berikutan keputusan India mengumumkan larangan eksport gandum, Sabtu lalu.-AFP