GENEVA, 18 Mei - Penularan COVID-19 yang pantas dalam kalangan populasi tidak divaksinasi, seperti di Korea Utara, mewujudkan risiko varian baharu yang lebih tinggi.
Kebimbangan itu disuarakan Pengarah Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Mike Ryan.
Lebih membimbangkan katanya, apabila Korea Utara tidak berusaha memutuskan rantaian jangkitan selain tidak menggunakan peralatan yang tersedia.

"Sudah tentu ia membimbangkan jika negara tidak menggunakan alat yang kini tersedia. WHO telah berulang kali mengatakan bahawa di mana anda mempunyai penghantaran yang tidak disekat, sentiasa ada risiko lebih tinggi untuk varian baharu muncul," katanya.
Pyongyang juga masih belum memaklumkannya secara rasmi mengenai wabak itu.
Sekali gus menyifatkannya sebagai pelanggaran jelas terhadap kewajipan undang-undang negara, bawah Peraturan Kesihatan Antarabangsa WHO.-REUTERS