fb fb fb fb fb

AS, Filipina tandatangani Perjanjian Keselamatan Maklumat Ketenteraan Am

Foto AFP

MANILA, 18 November – Amerika Syarikat (AS) dan Filipina menandatangani Perjanjian Keselamatan Maklumat Ketenteraan Am, bertujuan memperkukuh perkongsian maklumat dan teknologi ketenteraan kedua-dua negara, dalam usaha mengatasi pengaruh China di rantau Asia-Pasifik.

Menurut Menteri Pertahanan AS, Lloyd Austin, perjanjian tersebut akan memberi Filipina akses dan kemampuan peralatan ketenteraan yang lebih banyak dan canggih serta membuka jalan untuk penjualan teknologi ketenteraan tertentu yang selama ini tertakluk kepada kawalan ketat.

"Perjanjian ini juga membolehkan perkongsian maklumat secara langsung, memberi gambaran yang lebih jelas berkaitan kerjasama bagi meningkatkan kemampuan dalam tempoh yang panjang untuk menghadapi cabaran serantau," tambahnya ketika berucap selepas majlis menandatangani perjanjian dengan
rakan sejawatnya dari Filipina, Gilberto Teodoro.

Lawatan Austin ke Manila berlangsung pada saat ketegangan semakin memuncak di Laut China Selatan, dengan Filipina menentang tuntutan wilayah yang dibuat Beijing ke atas hampir seluruh kawasan tersebut. - AFP

Trainee2