fb fb fb fb fb

AS, Israel giat tekan Hamas lepas tebusan, konflik Gaza terus berdarah

Setiausaha Negara A.S., Marco Rubio (kiri) dan Donald Trump / REUTERS

WASHINGTON, 26 Ogos - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Isnin berkata terdapat usaha diplomatik “sangat serius” sedang dijalankan berhubung Gaza.

Menurutnya, Amerika Syarikat dan sekutu kuatnya Israel terus menekan Hamas supaya membebaskan tebusan dalam konflik yang berlarutan.

“Itu tidak pernah berhenti. Kami sentiasa berusaha mencari penyelesaian atau akhirnya, seperti yang dinyatakan presiden, kami mahu ia berakhir,” kata Setiausaha Negara A.S., Marco Rubio.

Beliau berkata demikian ketika sesi bersama Trump di White House sebelum menghadiri mesyuarat berasingan dengan Presiden Korea Selatan.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE