WASHINGTON, 26 Ogos - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menolak dakwaan beliau bersikap diktator susulan penggunaan Pasukan Pengawal Kebangsaan dan pengambilalihan sementara pasukan polis di Washington D.C.
“Saya tidak suka diktator. Saya bukan diktator. Saya seorang yang mempenyai 'common sense' yang tinggi,” katanya pada satu acara di White House.
Trump berkata langkah itu perlu berikutan peningkatan jenayah ganas di Washington D.C., sekali gus membolehkan anggota Pengawal Kebangsaan membawa senjata ketika rondaan.
Beliau turut mengancam untuk memperluas kehadiran tentera A.S. ke bandar lain termasuk Baltimore dan Chicago.
Namun, pengkritik menyifatkan tindakan pentadbiran Trump sebagai keterlaluan, menuduh beliau mencipta keadaan darurat untuk memperkukuh kawalan di Washington serta mensasarkan bandar yang dikuasai Demokrat.- REUTERS