fb fb fb fb fb

Armada Laut Rusia tangkis serangan dron Ukraine di Teluk Sevastopol

(Orang ramai membersihkan kawasan itu selepas serangan roket di Mykolaiv pada
23 Oktober 2022, di tengah-tengah pencerobohan Rusia di Ukraine/Foto AFP)

MOSCOW, 29 Oktober- Armada Laut Rusia yang berada di Teluk Sevastopol berjaya menangkis beberapa serangan dron pengebom daripada tentera Ukraine.

Ia merupakan pangkalan Armada Laut Hitam Moscow di Crimea.

Menurut Gabenor Sevastopol, Mikhail Razvozhayev tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kemudahan di bandar tersebut juga tidak terjejas akibat serangan tersebut.

"Kapal Armada Laut Hitammenangkis UVA (kenderaan udara tanpa pemandu) di teluk Sevastopol. Tiada kemudahan di bandar telah terjejas dan keadaan terkawal," kata Razvozhayev di Telegram.

Moscow sebelum ini mengumumkan semenanjung Crimea bebas daripada pentadbiran Kiev sejak 2014.-AFP

(Rakaman menunjukkan dron Ukraine dipintas di langit di barat Crimea, Ogos lalu/Foto fail AFP)

Media Baharu