fb fb fb fb fb

Jualan gula-gula dan pakaian Halloween catat peningkatan

(Coklat yang dijual sempena Halloween di kedai Roy Rodman/REUTERS)

Washington, 29 Oktober- Walaupun jualan Halloween pada 2020 dan 2021 terjejas oleh wabak COVID-19, pakar melihat tanda-tanda peningkatan jualan tahun ini.

Menurut penyelidikan Refinitiv dengan kerjasama StyleSage terdapat peningkatan sebanyak 27% dalam penjualan barangan rumah dan peningkatan 61% dalam penjualan pakaian dan aksesori.

Setakat ini 10% pakaian yang dijual dalam talian habis terjual berbanding hanya 6% berjaya dijual semasa wabak melanda dan mencatatkan 3% semasa pra-pandemik.

Ia menunjukkan permintaan yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya, kata pakar Refinitiv.

Sementara itu pembuat coklat Sour Patch dan Cadbury, Mondelez International, mencatatkan hasil yang lebih kukuh berbanding tiga tahun sebelumnya manakala Hershey memperolehi jualan yang lebih kukuh berbanding tahap penularan wabak COVID-19 dan semasa pra-pandemik.

"Jualan gula-gula Halloween kami setakat ini menunjukkan peningkatan, dan ia merupakan tahun yang terbaik," kata pemilik kedai runcit Roy Rodman.

Pakar mengatakan pendapatan suku ke-4 pembuat coklat itu dijangka meningkat 64.1% daripada tahap pra-pandemik. Kebanyakan rakyat Amerika teruja menyambut Halloween.

"Saya tidak fikir ia akan melemahkan semangat percutian kami walaupun ianya sedang mengalami inflasi", kata Roger Banker.- REUTERS

(Roy Rodman menyusun coklat yang akan dijual sempena Halloween)

Media Baharu