(Coklat cili terpedas di dunia ciptaan Damien Vidal/REUTERS)
PERANCIS, 29 Oktober- Sukar untuk menghasilkan sesuatu yang baharu di pesta coklat tahunan di Paris, tetapi pembuat coklat Perancis, Damien Vidal menemui cara untuk memberi kelainan pemanis mulut itu dengan menggabungkan ia bersama cili paling pedas di dunia.
Selain bahan-bahan tradisional seperti raspberi dan buah markisa, coklat "Bille en tete" berbentuk corak marmar diperisakan dengan Carolina Reaper, cili terpanas di dunia menurut Guinness World Records .
Dia berjaya memasukkan cili yang cukup untuk memberi kehangatan dalam coklat tersebut, tetapi tidak terlalu banyak sehingga menyebabkan rasa coklat tersebut berubah.
Dua pelancong Jepun dan pengunjung lain di pesta coklat itu mencuba bola coklat cili berkilat dan terus memakannya.
"Ia manis dan pedas, tapi tidak terlalu pedas, hanya sedikit," kata pelajar Jepun Hitomi Ebitani.
Justine Bonneau turut berpendapat, "rasa ia sangat bagus, satu kejutan yang baik, akan terasa panas sedikit pada penghujungnya. Mula-mula agak biasa, kemudian ia panas," katanya sambil mengejek muka rakannya kelihatan kemerahan selepas memakannya.
(Damien Vidal, pembuat coklat di Perancis/REUTERS)
Vidal - tukang masak pastri yang memenangi anugerah dan pernah bekerja di restoran terkemuka Paris dijemput sebagai "bakat muda" di Pesta Coklat Paris - berkata ini adalah yang dicari: manis dan lembut pada mulanya, kemudian rasa hangat membara, kemudian mereda selepas beberapa minit.
"Kami terpaksa melalui beberapa resipi, dan percubaan untuk mencari keseimbangan yang betul," katanya.
Secara purata penduduk di Perancis makan kira-kira 13.2 kg coklat setahun, tetapi ia masih cukup untuk negara itu mengeksport 243.793 tan coklat setiap tahun.
Ia merupakan data yang diperolehi daripada Pesta Coklat Paris.-REUTERS