fb fb fb fb fb

Pasukan keselamatan brazil sedia lindungi pengundi pilihan raya presiden

SAO PAULO, 29 Oktober- Pasukan keselamatan Brazil bersedia untuk melindungi pengundi serta menjamin hak rakyat untuk mengundi dalam pilihan raya presiden esok, kata Menteri Kehakiman dan Keselamatan Awam Anderson Torres.

"Kami bersedia daripada sudut keselamatan awam," kata Torres dalam sidang akhbar di ibu pejabat Polis Lebuhraya Persekutuan, sambil menambah mereka akan "memastikan orang ramai boleh menggunakan hak mereka untuk mengundi dengan bebas".

Pasukan keselamatan juga akan memerangi jenayah pilihan raya, terutama "jenayah yang menarik perhatian" dalam pusingan pertama pengundian pada awal Oktober, seperti pembelian undi, katanya.

Kira-kira 500,000 pegawai polis akan ditugaskan termasuk tentera, awam, polis persekutuan dan polis lebuh raya, katanya.

Menteri Kehakiman dan Keselamatan Awam, Anderson Torres / FOTO AFP

Maklumat terkini mengenai insiden yang direkodkan di seluruh negara akan dikeluarkan setiap dua jam pada hari pilihan raya, bermula pukul 9.00 pagi waktu tempatan, kata Torres.

Lebih 156 juta rakyat Brazil akan keluar mengundi esok untuk memilih presiden dan naib presiden, gabenor dan timbalan gabenor di 12 negeri Brazil. -AFP

Media Baharu