fb fb fb fb fb

Argentina rampas 1.6 tan kokain menuju ke Dubai

(Dadah yang dianggarkan bernilai kira-kira RM268 juta untuk dihantar ke Dubai/FOTO REUTERS)

ROSARIO, 27 Ogos - Pihak berkuasa Argentina merampas 1.6 tan kokain yang disembunyikan dalam bungkusan makanan haiwan yang tertera jenama mewah, pada Jumaat.

Polis berkata bahan terlarang itu untuk dihantar ke Dubai dan telah menahan 12 orang untuk siasatan.

Rampasan yang berlaku sejak Khamis hingga semalam terletak di pusat bandar Rosario di sebuah pelabuhan Argentina yang memainkan peranan dalam mengedar dadah Amerika Selatan di peringkat antarabangsa.

Ketua Jabatan Dadah Berbahaya Mariano berkata kokain itu dianggarkan bernilai 60 juta dolar AS (RM268 juta).

Ia merupakan antara rampasan terbesar pernah direkodkan pihak berkuasa negara itu.

(Pegawai polis persekutuan Argentina mengawal paket kokain yang dirampas di bandar Rosario/FOTO AFP)

Media tempatan melaporkan dadah itu disimpan dalam bungkusan makanan sebelum diletakkan kotak dengan logo jenama mewah.

Siasatan awal mengesyaki bahan terlarang itu cuba dieksport ke Asia Barat dipercayai untuk diedar menjelang Piala Dunia di Qatar.

Selain itu, beberapa senjata api, kereta lumba mewah dan sejumlah besar wang tunai turut dirampas.

Rosario, terletak 310 kilometer (190 batu) dari Buenos Aires, merupakan bandar ketiga terbesar di Argentina dan pelabuhan utama untuk aktiviti eksport pertanian ke Atlantik. - AFP

Media Baharu