TOKYO, 19 Jun – Jepun mengarahkan pesawat tentera bersiap sedia untuk menjalankan operasi pemindahan rakyatnya dari Iran dan Israel, susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
Jurucakap kerajaan tertinggi Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, "Memandangkan situasi semakin tegang di Asia Barat, kami telah membuat keputusan untuk menghantar pesawat Pasukan Pertahanan Diri ke Djibouti.”
Menurut Menteri Pertahanan Jepun, Gen Nakatani, dianggarkan seramai 1,000 warganegara Jepun berada di Israel dan kira-kira 280 lagi di Iran.
Kedutaan Jepun di Iran dan Israel kini sedang membuat persiapan untuk membawa warganya keluar dari negara-negara tersebut menggunakan bas ke negara jiran, sebagai langkah awal sebelum pemindahan seterusnya dilakukan melalui udara.
“Pemindahan ini mungkin akan bermula seawal Khamis,” kata Hayashi.
Pesawat pengangkut jenis C-2 diarahkan untuk bersiap siaga agar segera melaksanakan pemindahan jika keadaan memerlukan, tambahnya lagi. - AFP