VAN, 19 Jun - Semakin ramai warga Iran dilaporkan tiba di bandar Van, di sempadan timur Turkiye, bagi mencari perlindungan daripada serangan udara Israel, tatkala konflik antara Iran dengan Israel menunjukkan tiada tanda akan reda dalam masa terdekat.
Dasar visa Iran yang membenarkan rakyatnya tinggal sehingga 90 hari di Turkiye, menjadikan negara jiran itu sebagai destinasi utama kepada penduduk Iran melarikan diri daripada ketegangan serantau yang semakin meruncing.
Menurut pihak berkuasa tempatan, Lintasan Sempadan Kapikoy di wilayah Van menyaksikan peningkatan ketara kemasukan pelawat dari Iran, sejak beberapa hari lalu.
Penerbangan dan perkhidmatan bas ke bandar utama seperti Istanbul dan Ankara turut dilaporkan habis ditempah.
Bagaimanapun, ramai yang terpaksa kekal berada di Van kerana kekangan kapasiti pengangkutan.
Keadaan ini menyebabkan kadar penginapan di hotel tempatan melonjak mendadak. - REUTERS